Saturday, December 28, 2013

Dakwaan Ditangkap Khalwat Jatuhkan Maruah Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa menganggap dakwaan dia ditangkap khalwat pada Khamis lalu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang selebriti.

Neelofa, 24, menerusi laman Instagramnya pada Sabtu berkata, dia kesal dengan laporan yang dikeluarkan tentang perkara itu tanpa sebarang bukti kukuh sebelum menuduhnya.

"Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," katanya.

Tambah Neelofa, dia mengakui tidak mengetahui tentang hal tersebut sehingga ia tersebar dan memberitahu berita berkenaan adalah fitnah semata-mata.


"Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya.

"Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih," tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Neelofa turut menegur tindakan pihak wartawan supaya mendapatkan maklumat yang sahih sebelum menulis sesuatu artikel.

"Sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis.

Sementara itu, pengurus kepada Neelofa, Mohd. Amer Shafiq Khalip dalam satu laporan pada Sabtu menafikan sekeras-kerasnya tentang berita pelakon berkenaan telah ditangkap khalwat seperti didakwa.

Amer berkata, pada malam pelakon tersebut dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur sehingga pukul 2.30 pagi.

Jelas Amer lagi, Neelofa kemudiannya bergegas pulang ke rumah untuk mengemas barang dan bersiap-siap kerana perlu ke ke lapangan terbang pada 5.30 pagi dan berangkat ke London empat jam kemudiannya. - Mstar

Fuhh : Pengantin lelaki jahit sendiri baju kahwin

GEORGETOWN - Seorang pengantin lelaki di sini, mereka dan menjahit sendiri pakaian perkahwinannya bersama isteri.

Mohd Amzar Ismail, 28, dari Bukit Mertajam gembira kerana berjaya menghasilkan baju perkahwinannya sendiri tanpa mengharapkan butik pengantin mahupun kedai perkahwinan lain.

Menurutnya, membuat sendiri baju perkahwinan memberi kepuasan yang tidak mungkin akan diperoleh seperti pasangan pengantin lain.


“Selain itu, kos juga dapat dikurangkan sebab jika sewa baju pengantin, boleh cecah ratusan ringgit dan ada yang tidak dapat menyimpan baju perkahwinan mereka, sebaliknya terpaksa memulangkannya ke kedai semula.

“Tapi baju kahwin kami, dapat simpan sendiri hingga ke akhir hayat,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pembantu juruaudit bertemu jodoh dengan seorang guru, Ramlah Rahman, 28.

Ramlah yang berasal dari Sabah juga berbangga kerana suaminya berjaya menjahit sendiri pakaian pengantinnya.

“Tidak dinafikan pakaian adalah salah satu yang menjadi perhatian orang ramai ketika hari perkahwinan, baju yang direka suami saya sendiri begitu selesa dan jika ada yang tidak kena, mudah saja untuk dia betulkannya kembali,” katanya.

Mohd Amzar sememangnya meminati bidang fesyen dan pernah bekerja sambilan di butik perkahwinan sejak dari zaman persekolahan. - Sinar Harian

Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Bersama Tok Guru Nik Aziz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Seperti yang kita ketahui, pada 10 November 2013 yang lalu, Fizo Omar dan Mawar Fareeda telah selamat dinikahkan.

Hari ini telah diadakan Majlis Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda di negeri kelantan dimana salah seorang tetamu VVIP jemputan adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Disini Dr Fuh sediakan gambar perkahwinan Fizo Omar dan Mawar bersama Tok Guru Nik Aziz. Sebelum tu jom baca dulu laporan yang dipetik dari Sinar Harian.

HASRAT pelakon, Fizo Omar meraikan rakyat Kelantan yang menyokong perjuangannya dalam bidang seni tercapai selepas majlis kesyukuran sempena perkahwinannya berjalan lancar di kediamannya di Taman Sri Jawa, Selising, dekat Kelantan, hari ini.


Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, bersyukur kerana majlis itu dihadiri kira-kira 15,000 tetamu sejurus rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24, tiba dengan diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi. Turut menghadirkan diri, bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pasangan pengantin yang berpakaian merah jambu ceria dan tidak jemu melayan tetamu serta peminat sepanjang majlis bertemakan seri taman berlangsung.

Fizo berkata, kenduri yang diadakan khusus bagi meraikan warga Kelantan itu sebagai menghargai sokongan dan dorongan diberikan sehingga dia berjaya dalam dunia lakonan serta perniagaan.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana hasrat meraikan orang ramai di tanah kelahiran saya tercapai. Saya berterima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa ke majlis ini termasuk tetamu kehormat.

“Ini tanda terima kasih saya kepada mereka yang selama ini menyokong saya dalam bidang lakonan dan juga menyokong penglibatan saya serta Mawar dalam dunia perniagaan,” katanya.

Berikut adalah gambar perkahwianan Fizo Omar dan Mawar Fareeda bersama Tok Guru Nik Aziz.

mawar fizo tok guru nik aziz Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Bersama Tok Guru Nik Aziz

gambar perkahwinan fizo omar mawar Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Bersama Tok Guru Nik Aziz

fizo omar bersama tok guru Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Bersama Tok Guru Nik Aziz

-FUH.MY

Gambar Sensasi : Co-host Elfira Roy jadi perhatian

Pelakon dan pengacara cilik, Elfira Roy sekarang berada di Sabah untuk sebuah rancangan tv. Beliau sempat berkongsi beberapa keping gambar di lokasi penggambaran dalam akaun Instagramnya.

Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsikan, sekeping gambar mencuri perhatian peminat-peminatnya. Gambar tersebut menampilkan Elfira bersama bersama pengacara bersama rancangan tersebut yang kami tidak pasti siapa orangnya.



Dan co-host tersebut kini menjadi bualan di kalangan peminat-peminat Elfira apabila penampilannya agak seksi apabila pakaian yang disarungkan menampakkan coli dan lurah payudaranya.

Rata-rata yang meberi komen bukan pada Elfira, tapi kepada wanita tersebut...heh!

Isu khalwat: Neelofa kecewa, jangan sebar fitnah

PELAKON popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini.

Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

"Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut," katanya menerusi laman Twitter.


Pengacara itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.

Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.

"Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.

"Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.

"Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," katanya.

Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin. -Sinar Harian