Gambar Nora Danish Tolong Nadeem Pakai Sampin | Sungguh romantik aksi bersahaja Nora Danish menolong Nadeem Nazri mengenakan sampin. Rasanya, bukan setakat admin yang cemburu malah kebanyakan jejaka di luar sana.
Daripada komen-komen peminat di laman Instagram, rata-ratanya memuji layanan romantik Nora Danish terhadap kekasihnya. Terlebih, ada peminat mendoakan agar mereka berdua dapat disatukan dalam masa terdekat.
Friday, January 24, 2014
Terbaru :BR1M 3.0 diagih bulan depan
6:12 PM
No comments
Kuala Lumpur: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) yang dianggarkan berjumlah RM4.5 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 7.9 juta penerima mulai pertengahan bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, bantuan itu diharap mampu membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan harga barang, selain memberi jaminan kerajaan akan terus memantau masalah berkaitan bekalan berikutan kemungkinan berlaku tindakan pemborong menaikkan harga.
“Ini (BR1M) akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang,” katanya yang juga Presiden UMNO pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, petang semalam yang turut dihadiri, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jumlah penerima tahun ini meningkat 1.1 juta orang berbanding hanya 6.8 juta penerima BR1M 2.0, tahun lalu. Melalui Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober lalu, keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan bawah RM3,000 layak menerima BR1M sebanyak RM650 serta caruman takaful i-BR1M RM50.
Mereka yang berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula layak menerima RM450, caruman takaful RM50 manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 bakal menerima RM300.
“Jika dilihat dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, saham, bursa saham...ekonomi kita berada dalam keadaan baik dan meyakinkan. Tetapi, tidak dinafikan rakyat menghadapi masalah berhubung kenaikan harga. Kerajaan sedang menangani perkara ini dengan pelbagai langkah yang diumumkan,” katanya.
Mengulas mengenai penyelesaian 10 perkara dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu, Najib berkata ia tertakluk kepada undang-undang Persekutuan dan negeri.
Dalam isu ini, katanya MT UMNO menyokong pendirian kerajaan untuk terus mempertahankan kesucian dan kemuliaan Islam termasuk kalimah Allah selain mengambil maklum mengenai penyelesaian 10 perkara yang dipersetujui Kerajaan Persekutuan.
“Jika negeri berkenaan mempunyai enakmen, maka 10 perkara itu tertakluk kepada enakmen negeri dan jika negeri tiada enakmen seperti Sabah dan Sarawak, maknanya amalan biasa boleh diteruskan dan tiada pihak harus menakutkan pihak lain,” katanya sambil menjelaskan peraturan itu terkandung dalam perkara kesembilan.
Mengenai isu ada pihak yang mencabar titah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam, Najib menjelaskan, titah itu dibuat ketika sambutan hari keputeraan baginda, bukannya atas kapasiti Yang di-Pertuan Agong.
“Tuanku bertitah sebagai ketua agama negeri, mana-mana negeri yang ada enakmen itu, (rakyat) perlu mematuhinya,” katanya. -BH

Terbaru :Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib meninggal dunia
5:50 PM
No comments
Kuala Terengganu: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib meninggal dunia jam 12.10 tengah malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.
Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat yang mengesahkan perkara itu, berkata Allahyarham, 70, meninggal dunia selepas dua hari dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis.
Sementara itu, Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din turut menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Keadaan Haron yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dilaporkan semakin stabil. -BH

Subscribe to:
Posts (Atom)