Babak pertama menyaksikan permulaan yang mengagumkan daripada Liverpool yang mendahului perlawanan hasil jaringan Philippe Coutinho pada minit ke-24.
Namun, gol penyamaan cepat dihasilkan City menerusi tandukan Vincent Kompany tujuh minit selepas itu.
“Apa yang penting hari ini adalah semangat kami yang tidak mengaku kalah. Walau pun ketinggalan satu gol pemain tetap menyerang,” kata pengurus City Manuel Pellegrini.
“Memang penting untuk mengakhiri tahun ini pada kedudukan empat teratas liga,” katanya.
Bagaimanapun, pengurus Liverpool Brendan Rodgers tetap bangga dengan pasukannya itu.
“Kami sangat kecewa tidak dapat memenangi perlawanan ini tetapi secara keseluruhan berpuas hati kerana corak permainan yang sangat cemerlang,” katanya.
City kini sudah memenangi kesemua sembilan perlawanan di laman sendiri dan terletak di tempat kedua selepas Arsenal.
Dengan kekalahan ini, Liverpool pula turun ke tempat keempat selepas memulakan perlawanan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris. - AFP
0 comments:
Post a Comment