Sunday, December 29, 2013

Tragedi Gempak : Budak koma terjatuh 30 meter

Georgetown:Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian 'Euro Wheel' di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.


Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.

Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri; Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - Hmetro

0 comments:

Post a Comment